Technorati.Com
Er, Technorati suh aku post benda alah ni. So korang jgn kisah ape2 la ek…
Uncategorized | Comments OffTop Posts for 30 days ending 2008-01-08 (Summarized)
Summarize: 7 Days 30 Days
2007-12-09 to Today
From Sehening Kalbu blog`s…
Weblogs | Comment (0)Wordpress Blog
Sila Layari Blog aku di Sehening Kalbu.
Friendster.Blog ini masih wujud cuma akan semakin jarang-jarang aku edit…
Thanks a lot for your TIME…
have a nice Day!!!
Uncategorized | Comment (0)<body><script type=’text/javascript’ src=’http://track3.mybloglog.com/js/jsserv.php?mblID=2007121120411011′></script></body>
Uncategorized | Comment (0)Group
ha, sekarang aku da gila komen2 dlm group, heheh…
walaupon ada org yg xpuas hati dgn aku, tp bolayan je mangkuk tu, aku akan tetap mengomel dlm group itu… heheh..
Uncategorized | Comment (0)Sekadar renungan
Dalam perkahwinan ada percintaan,
dalam perintaan itu ada pertalian,
dalam pertalian ada hubungan,
hubungan yg baik dibina atas niat yang baik,
niat yang baik dibina atas hati yang baik,
hati yang baik lahir dari kekuatan akal,
dan kekuatan akal melahirkan keyakinan diri…
perkahwinan dan percintaan,
adalah sebahagian dari kehidupan,
dalam kehidupan kita perlu kuat,
kuat akal, kuat fikiran,
kuat hati dan kuat keyakinan,
keyakinan yg luhur dan terpuji,
adalah keyakinan yang dibina hanya kerana DIA,
bukan keyakinan yang dipinta dari hambaNYA,
kita perlu menjadi kuat,
untuk diri kita,
juga untuk diri org2 di samping kita,
jika kita berfikir buruk,
buruk sangka,
busuk hati,
ia akan mempengaruhi org2 disekeliling kita,
begitulah sebaliknya,
maka,
jangan kita menjadi org yang pentingkan diri…
Uncategorized | Comment (0)Tiada apa…
maaf utk hari ini,
maaf utk masa lalu,
maaf utk masa depan…
maaf atas segala perbuatan,
maaf atas segala kesilapan,
maaf atas segala-galanya..
lelaki itu memang begitu,
lelaki ini memang begitu,
lelaki memang begitu…
sifatnya,
akalnya,
lumrahnya,
cuma,
berikan masa,
berikan peluang,
utk hidup,
utk hari ini,
utk masa depan,
hidup hari ini,
bukan utk masa lalu,
tapi utk masa depan…
Luka Semalam~
Hari ini kucuba berlari..
Mengejar pelangi yang samar2 menghilang,
Luka semalam,
Pelik,
Ia sangat pedih,
Tapi tak terasa sakit,
Hari ini ku terus berdiri..
Merenung nasib diri,
Masa depan,
Angan-angan atau impian?
Cubalah jadikan kenyataan.
Hari ini…
Ya,
Hari ini,
Saat ini,
Masa ini,
Tanah yang kupijak,
Langit yang dijunjung,
Ianya wujud,
Ia adalah kenyataan!
Hari ini ku tetap utuh berdiri…
Kupilih untuk berjalan,
Kerna walaupun larian itu lebih cepat,
Namun pasti kita terlepas pandang,
Pada sesuatu yang penting,
Yang tak kita sedar,
Sepanjang perjalanan kita.
Hari ini…
Jalan yang kupilih,
Meskipun samar2…
Namun aku tetap yakin,
Mungkin ianya salah…
Tetap aku percaya kebenarannya,
Tiada kata yang lebih benar,
Tiada rasa yang pasti dusta,
Melainkan jalan yang kita lalui…
Kita lihat kembali…
Renung kembali perjalanan itu,
Saat itu,
Kita pasti sedar,
KEBENARANNYA…
Uncategorized | Comment (0)Selamat Beraye!!
Tiada Ucapan Yang Lebih Indah,
Tiada Kata Yang lebih Baik,
Tiada Restu Yang Lebih diHargai,
Tiada Ikatan Yang Tidak Terjalin,
Selamat Hari Raya,
Maaf Zahir Batin,
Yang Sengaja,
Yang Tidak,
Yang Terpendam,
Yang Tersirat,
Maafkan Insan Yang Pernah diKenali,
Maafkan Kesilapan Diri Sendiri…
Uncategorized | Comment (0)Kebenaran???
Selalu kita menyalahkan takdir, meletakkan semua yang berlaku atas takdir…
Takpe ke? Kita lupa, pilihan tu di tangan kita.
Maka soalnya benarkah takdir menjadikan kita begitu?
Atau kita yang membuat pilihan, dan menyebabkan segalanya menjadi seperti sekarang?
Selalu kita tersepit dalam persimpangan. Tak tahu mana yg terbaik buat kita.
Sebenarnya tak mengapa, kita membuat pilihan. Percayakan yang terbaik untuk kita.
Andai pilihan kita salah, kita masih ada peluang kedua. Masih ada ruang untuk kembali.
Selagi kita pasti apa yang kita pilih, dan akibatnya dikemudian hari.
Rasa bersalah, bila kita meninggalkan sesuatu yang baik.
Untuk sesuatu yang memang belum pasti.
Mungkinkah untuk sesuatu yang lebih baik? Atau ianya lebih buruk dari skrg?
Apapun pilihan kita. Kita perlu bertanggungjawab untuknya.
Andai baik pilihan kita. Maka bersyukurlah kepada DIA.
Andai buruk pilihan kita. Berlindunglah kepadaNYA.
Kita tak bersalah bila memilih sesuatu yang buruk.
Kerna kita tidak tahu semasa membuat pilihan tersebut.
Beringatlah, dugaan dan ujian itu sentiasa datang daripadaNYA.
Bersabarlah, agar kita beroleh rahmat dan berkatNYA…